Google Now memberikan kad tersuai, berdasarkan maklumat daripada perkhidmatan Google anda (lokasi, carian, sejarah web, Gmail, dan acara kalendar) dan daripada produk pihak ketiga yang anda benarkan Google untuk akses.
Contohnya, lihat skor pasukan anda pada hari pertandingan atau cari restoran popular semasa anda melancong.
Anda perlu mempunyai akaun Google pada telefon anda untuk menggunakan Google Now. (TETAPAN > AKAUN)
Leret ke atas daripada bar navigasi di bawah mana-mana skrin, atau sentuh widget Carian Google pada skrin utama.
Untuk melihat kad tersedia dan tetapan lalainya, sentuh
> Sampel kad.
Lambat-laun, Google Now akan mula memberikan pemberitahuan dan kad tersuai.
Apabila anda telah sediakan Google Now, anda boleh:
Lihat kad pada bila-bila masa. Leret ke atas dari bar navigasi di bahagian bawah mana-mana skrin. Atau sentuh widget Carian Google pada skrin utama.
Mematikan Google Now menghentikan paparan kad dan kembalikan Google Now tetapan ke tetapan lalai.
Tatal ke bahagian bawah Google Now skrin dan sentuh
> Tetapan.
Untuk mengetahui selanjutnya, tatal ke bahagian bawah Google Now skrin dan sentuh
> Bantuan.
global-ms-my-ms-my-3263-44 2014-10-15T12:08:07