Automasikan tetapan dengan Assist

Gunakan Assist untuk mengautomasikan tetapan dan respons telefon anda semasa anda memandu, semasa acara yang telah ditambahkan pada kalendar anda berlangsung, semasa anda sibuk di rumah dan mahu bebas tangan dan semasa anda tidur.

Anda boleh sesuaikan aktiviti Assist dengan keutamaan anda:

Sediakan aktiviti

Apabila anda menyesuaikan aktiviti, Assist mula melaraskan tetapan telefon anda berdasarkan pilihan yang anda pilih, kelajuan memandu, acara kalendar, lokasi dan maklumat lain yang dibenarkan dalam dasar privasi.

Untuk menyesuaikan aktiviti:

  1. Sentuh > Assist.
  2. Tatal maklumat aplikasi, sentuh Seterusnya dan baca polisi privasi, kemudian sentuh Ya, saya setuju.
  3. Sentuh aktiviti.
  4. Gunakan menu dan kotak semak untuk menyesuaikan pilihan.
  5. Sentuh untuk mendapatkan maklumat selanjutnya atau untuk lengkapkan persediaan. Untuk menyesuaikan balasan auto, sentuh .
PetuaUntuk mengalih keluar aktiviti atau memulihkannya ke senarai anda, sentuh > Tetapan.

Untuk berhenti menggunakan tetapan Assist, buang tanda pilihan yang dipilih untuk aktiviti tersebut.

Apabila Assist aktif

Apabila Assist melaraskan tetapan telefon, anda akan melihat ikon dalam bar status dengan pemberitahuan, seperti:

Memandu
Rumah
Mesyuarat
Tidur

Assist menggunakan penderia dan peraturan untuk menentukan apa yang anda sedang lakukan dan bila masa untuk menggunakan pilihan yang anda pilih. Kadang-kadang anda mungkin ingin berhenti menggunakan tetapan Assist buat sementara waktu. Contohnya, jika anda seorang penumpang di dalam kereta atau menaiki pengangkutan awam, Assist boleh mengesan pemanduan tetapi tidak dapat menentukan siapa yang memandu.

Untuk berhenti menggunakan tetapan bagi aktiviti tersebut buat sementara waktu:

  1. Leret bar status ke bawah untuk melihat pemberitahuan.
  2. Sentuh "Saya tidak…" untuk menyatakan yang anda tidak melakukan aktiviti tersebut pada masa itu. (Jika anda tidak melihat pilihan ini, seret pemberitahuan ke bawah dengan dua jari.) Tetapan anda akan diteruskan apabila anda memulakan aktiviti tersebut.

Untuk membuat perubahan pada tetapan bagi aktiviti tersebut daripada pemberitahuan, sentuh ia.

global-ms-my-ms-my-3263-44 2014-10-15T12:08:07