Gunakan pemasa atau jam randik

Gunakan pemasa

Anda boleh tetapkan berbilang pemasa pengiraan detik dengan label untuk menjejak:

  1. Dalam aplikasi Jam, sentuh untuk tab Pemasa.

    PetuaAnda juga boleh menukar antara tab dengan meleret ke kanan dan ke kiri.
  2. Masukkan masa untuk pengiraan detik.
  3. Sentuh Mula.
  4. Lakukan mana-mana yang berikut:

    • Untuk menyemak baki masa dengan pantas, leret bar status ke bawah dengan satu jari untuk melihat pemberitahuan pemasa. Untuk membuka pemasa, sentuh pemberitahuan.
    • Untuk menjeda pengiraan detik, sentuh Berhenti.
    • Untuk menambah label pada pemasa, sentuh (khususnya membatu apabila menggunakan berbilang pemasa).
    • Untuk menambah minit pada pengiraan detik, sentuh .
    • Untuk menetapkan semula pembilang kepada masa asal, sentuh Berhenti > .
    • Untuk menambah pemasa, sentuh .
    • Untuk memadam pemasa, sentuh .

Gunakan jam randik

Rekodkan masa anda dan berkongsi keputusan anda.

  1. Dalam aplikasi Jam, sentuh untuk tab Jam Randik.

    PetuaAnda juga boleh menukar antara tab dengan meleret ke kanan dan ke kiri.
  2. Sentuh Mula.
  3. Lakukan mana-mana yang berikut:

    • Untuk mengawal jam randik dengan pantas, leret bar status ke bawah dengan satu jari dan sentuh satu kawalan. Untuk membuka jam randik, sentuh pemberitahuan.
    • Untuk menjeda jam randik, sentuh Berhenti.
    • Untuk merekod pusingan (atau tempoh berbilang) semasa jam randik berjalan, sentuh .
    • Untuk menetapkan semula pembilang kepada sifar, sentuh Berhenti > .
    • Untuk berkongsi masa anda dengan orang lain atau menghantarnya kepada diri sendiri, sentuh Berhenti > .

global-ms-my-ms-my-3263-44 2014-10-15T12:08:07