Ambil, kongsi dan cetak foto

Menangkap detik kenangan sebelum ia berlalu. Kamera anda membenarkan lebih cahaya masuk untuk foto lebih jelas, lebih terperinci dan lebih bertenaga, walaupun dalam cahaya malap. Dan apabila anda sudah bersedia untuk menangkap, sentuh skrin pemidang tilik di mana sahaja untuk menangkap gambar.

Ambil foto

  1. Sentuh > Kamera.

    PetuaUntuk membuka kamera daripada skrin kunci, sentuh dan seretnya ke kiri.
  2. Tetapkan kamera:

    • Untuk bertukar antara kamera menghadap depan dan menghadap belakang, sentuh .
    • Untuk menukar tetapan kamera, leret pemidang tilik ke kanan dan luncurkan roda tetapan untuk mengakses pilihan. Untuk menutup tetapan, leret ke kiri.
  3. Bingkaikan subjek anda:

    • Untuk mengezum, seret pemidang tilik ke atas dan ke bawah.
    • Untuk menukar lokasi fokus, seret pengatup untuk menetapkan fokus. (Anda perlu menghidupkan terlebih dahulu dalam tetapan kamera.)
  4. Sentuh di mana sahaja pada pemidang tilik untuk menangkap foto. Untuk menangkap berterusan, sentuh & tahan; tangkapan anda akan dikira pada pengatup.
PetuaJika foto kelihatan kabur, bersihkan kanta dengan kain lembut dan kering dan ambil semula foto.

Untuk melihat foto dan video yang diambil, leretkan pemidang tilik ke kiri. Anda juga boleh melihat foto menggunakan Galeri atau aplikasi Foto, atau aplikasi foto yang dipasang.

Untuk kembali ke Galeri dari imej atau video yang dibuka, sentuh skrin, kemudian sentuh .Untuk membuka Galeri dari skrin utama anda, sentuh > Galeri.

Kongsi foto yang baru sahaja anda ambil

  1. Leret skrin pemidang tilik ke kiri, dan sentuh foto untuk berkongsi.
  2. Sentuh .
  3. Pilih cara berkongsi yang anda inginkan.

Semua foto diambil pada resolusi penuh. Apabila anda melampirkannya untuk mesej teks, fail secara automatik dikecilkan.

Anda juga boleh menyalin foto ke komputer anda menggunakan kabel USB. Atau, gunakan Droid Zap untuk menghantar foto dan video dengan segera kepada rakan yang berhampiran. Muat turun Droid Zap secara percuma dari Play Store.

Cetak foto

Untuk menghantar foto ke pencetak atau mencipta PDF:

  1. Buka foto.
  2. Sentuhnya, kemudian sentuh > Cetak.

global-ms-my-ms-my-3263-44 2014-10-15T12:08:07