Perihal mesej teks dan multimedia

Anda boleh menghantar mesej teks atau multimedia kepada seorang atau berbilang penerima. Untuk membolehkan berbilang penerima berkongsi balasan mereka dengan kumpulan, gunakan pemesejan berkumpulan. Anda juga boleh mematikan pemesejan berkumpulan untuk menerima balasan kepada mesej berbilang penerima dalam urutan perbualan individu.

Mesej teks - SMS

Mesej SMS (Khidmat Mesej Pendek) mengandungi teks sahaja. Satu mesej teks boleh mengandungi 160 aksara; apabila anda hampir mencapai had, pembilang akan muncul. Jika anda menaip lebih banyak, mesej anda akan dihantar dalam bentuk beberapa mesej SMS.

Anda boleh menghantar satu mesej SMS kepada berbilang orang, dan balasan akan dihantar dalam urutan perbualan secara berasingan dan bukan berkumpulan (melainkan anda dan penerima anda mendayakan pemesejan berkumpulan).

Mesej SMS termasuk dalam kebanyakan pelan pemesejan teks pembawa dan tidak menggunakan data mudah alih.

Mesej multimedia - MMS

Mesej MMS (Khidmat Pemesejan Multimedia) boleh termasuk teks tidak terhad termasuklah gambar, tayangan slaid bergambar, video atau fail bunyi.

Anda boleh menghantar satu mesej MMS kepada berbilang orang menggunakan pemesejan berkumpulan, yang mengandungi teks sahaja atau teks dan media, dan balasan dihantar dalam urutan perbualan berkumpulan kepada setiap orang dalam kumpulan.

Mesej MMS menggunakan data mudah alih dan memerlukan pelan data mudah alih atau bayaran 'bayar setiap penggunaan'.

NotaPenerima yang tidak dapat menerima mesej MMS akan menerima SMS, dan jika media disertakan, satu pautan untuk memuat turun melalui Wi-Fi juga akan disertakan (apabila ditawarkan oleh pembawa). Balasan dihantar kepada penghantar sahaja dalam bentuk urutan individu.

Pemesejan berkumpulan

Pemesejan berkumpulan membolehkan berbilang orang meneruskan perbualan berkumpulan. Semua balasan daripada penerima dihantar kepada semua penerima dalam bentuk urutan perbualan berkumpulan.

Walaupun anda menghantar satu mesej kepada berbilang penerima, anda akan dicaj bagi setiap mesej yang diterima. Pemesejan berkumpulan:

Jika anda tidak mahu mesej SMS berbilang penerima ditukarkan kepada MMS dan mahukan balasan dihantar dalam bentuk urutan perbualan berasingan kepada anda sahaja, anda boleh mematikan pemesejan berkumpulan.

Untuk mengubah tetapan pemesejan berkumpulan:

  1. Dalam aplikasi Pemesejan, sentuh > Tetapan.
  2. Di bawah MESEJ MULTIMEDIA (MMS), tandakan atau buang tanda Pemesejan kumpulan.

global-ms-my-ms-my-3263-44 2014-10-15T12:08:07