Sediakan e-mel

Jika anda menggunakan Gmail, gunakan aplikasi Gmail dengan akaun Google anda. Bagi akaun e-mel jenis lain, termasuklah perkhidmatan e-mel berdasarkan web, pembekal e-mel atau akaun Microsoft Exchange korporat, gunakan aplikasi E-mel.

Anda boleh menyediakan berbilang akaun e-mel dan menggunakan aplikasi E-mel untuk memaparkan mesej daripada akaun tunggal atau menggabungkan paparan berbilang akaun.

Menyediakan e-mel peribadi

  1. Sentuh > E-mel.
  2. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan anda dan sentuh Seterusnya.
PetuaUntuk menyediakan akaun e-mel tambahan, buka E-mel dan sentuh > Tetapan > Tambah akaun.

Bagi kebanyakan akaun e-mel, itu sahaja yang anda perlu lakukan. Akan tetapi, jika langkah itu gagal, anda perlu menghubungi pembekal e-mel anda untuk mendapatkan maklumat berikut:

Kemudian sentuh Persediaan manual dan bukannya Seterusnya semasa menyediakan akaun anda.

Sediakan e-mel korporat

Jika anda menggunakan Microsoft Office Outlook di komputer kerja anda, telefon anda boleh menyegerakkan e-mel, acara kalendar dan kenalan dengan pelayan Microsoft Exchange. Sebelum anda bermula, anda memerlukan maklumat berikut daripada jabatan IT syarikat anda:

Untuk menyediakan e-mel korporat:

  1. Sentuh > E-mel.
  2. Masukkan alamat e-mel dan kata laluan anda dan sentuh Seterusnya.

    PetuaUntuk menyediakan akaun e-mel tambahan, sentuh > Tetapan > Tambah akaun.
  3. Sentuh Exchange.
  4. Masukkan atau semak dan edit tetapan pelayan, dan sentuh Seterusnya.
  5. Semak pilihan penyegerakan akaun dan sentuh Seterusnya.
  6. Taipkan nama untuk akaun dan sentuh Seterusnya.

Lihat berbilang akaun dalam satu peti masuk

Untuk menukar paparan peti masuk anda, sentuh bersebelahan dengan nama akaun e-mel dan pilih satu akaun atau paparan tergabung.

global-ms-my-ms-my-3263-44 2014-10-15T12:08:07