Benarkan panggilan penting sahaja

Apabila anda bermesyuarat atau tidur, gunakan Assist untuk menyenyapkan kebanyakan panggilan, tetapi tetap berhubung dengan kenalan kegemaran anda atau pemanggil berulang yang penting.

Tetapkan keutamaan mesyuarat

  1. Sentuh > Assist.
  2. Sentuh Mesyuarat.
  3. Semak pilihan yang anda inginkan:

    • Senyap. Senyapkan telefon anda sepanjang acara kalendar berlangsung. Sentuh dan pilih tetapan dan pengecualian.
    • Auto balas. Balas panggilan tidak berjawab daripada pemanggil kegemaran secara automatik. Sentuh untuk melihat mesej lalai dan untuk menyesuaikannya.

Jika anda tidak lagi bermesyuarat, anda boleh lihat pemberitahuan dan sentuh Saya tidak bermesyuarat.

Tetapkan keutamaan tidur

  1. Sentuh > Assist.
  2. Sentuh Tidur.
  3. Semak pilihan yang anda inginkan:

    • Senyap. Senyapkan telefon anda pada jam tertentu. Sentuh dan pilih pengecualian.
    • Masa tidur. Laraskan waktu tidur anda.

Jika anda mengubah kelantangan semasa telefon dalam mod Tidur, anda perlu untuk mengubah kelantangan kembali kepada senyap secara manual. Jika anda tidak tidur, anda boleh melihat pemberitahuan dan menyentuh Saya tidak tidur.

global-ms-my-ms-my-3213-444 2015-04-14T14:59:42