Apabila anda menerima mesej teks dengan aplikasi Pemesejan, anda akan melihat dalam bar status.
Membaca dan membalas mesej
Leret bar status ke bawah dan sentuh .
Untuk membalas mesej, masukkan jawapan anda dalam kotak teks dan sentuh .
Petua
Anda boleh menyimpan foto daripada mesej. Sentuh & tahan lampiran.
Jika anda tidak mahu mesej SMS berbilang penerima ditukarkan kepada MMS dan mahukan balasan dihantar dalam perbualan berasingan (urutan) kepada anda sahaja, anda boleh mematikan pemesejan berkumpulan.
Menghantar mesej baru
Sentuh > Pemesejan.
Sentuh .
Masukkan penerima dan mesej anda. Untuk menghantar mesej anda kepada kumpulan, masukkan berbilang penerima.
Secara pilihan:
Sentuh untuk menambah subjek.
Untuk melampirkan foto atau video, sentuh .
Untuk menambah smiley atau ikon lain, sentuh .
Sentuh .
PetuaUntuk menghantar teks kepada rakan karib anda dengan satu sentuhan daripada skrin utama anda, tambah widget Mesej langsung.
Memajukan mesej
Sentuh > Pemesejan.
Buka perbualan.
Sentuh & tahan mesej.
Sentuh Kirim semula.
Memadam mesej
Mesej tunggal: Buka perbualan (urutan) dan sentuh & tahan mesej, kemudian sentuh Padam.
Semua mesej dalam perbualan: Buka perbualan dan sentuh > Padam urutan.
Semua mesej dalam aplikasi Pemesejan: Pergi ke senarai perbualan anda dan sentuh > Padam semua urutan. Berhati-hati - mustahil untuk membuat asal langkah ini.