Membuat panggilan

Anda boleh membuat panggilan daripada aplikasi Ponsel, aplikasi Orang atau lain-lain aplikasi atau widget yang memaparkan maklumat kenalan. Di mana sahaja anda lihat nombor telefon, biasanya anda boleh menyentuhnya untuk mendail.

Untuk membuat panggilan dengan aplikasi Ponsel:

  1. Sentuh .
  2. Lakukan mana-mana yang berikut:

    • Untuk mendail melalui suara, sentuh dan sebutkan nama atau nombor.
    • Untuk memanggil seseorang dengan nama, mula menaip nama. Anda akan melihat senarai padanan yang mungkin. Hanya sentuh satu nama untuk memanggil.
    • Untuk mendail nombor, sentuh , masukkan nombor dan sentuh . Jika anda memasukkan nombor yang salah, sentuh .

      PetuaUntuk menyimpan nombor ini bagi salah seorang kenalan anda, sentuh > Tambah ke kenalan.
    • Untuk menatal melalui kenalan dan menyentuh nombor untuk memanggil, sentuh SEMUA KENALAN. (Jika pendail terbuka, leret ke bawah untuk melihat tab SEMUA KENALAN.)
    • Untuk memanggil kenalan yang anda telah bintangkan sebagai kegemaran atau yang anda kerap panggil, hanya sentuh nama mereka.

      PetuaJika pendail dibuka, seret ke bawah untuk melihat Kegemaran anda, kenalan yang kerap anda panggil dan untuk mengakses SEMUA KENALAN.
    • Untuk memanggil kembali, sentuh . Sentuh panggilan untuk memanggil kembali.

      PetuaUntuk mengosongkan senarai ini, sentuh > Padam bersih log panggilan.

Untuk memanggil nombor yang kerap dengan satu sentuhan daripada skrin utama anda, tambah widget Dail terus.

Untuk membuat panggilan tanpa menyentuh telefon anda, gunakan arahan suara.

global-ms-my-ms-my-3213-444 2015-04-14T14:59:42